CHERAS - Cubaan sekumpulan empat penjenayah bersenjatakan parang
menyamun sebuah klinik berakhir tragedi setelah seorang daripada mereka
maut ditembak seorang ahli perniagaan berstatus Tan Sri di Poliklinik
Pertama, Taman Pertama di sini malam tadi.
Beliau adalah Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang seorang Taikun Balak yang
memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun. Beliau juga adalah
Ketua Bahagian MCA Raub.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh
berkata, sebelum kejadian pada kira-kira pukul 9.50 malam itu, kumpulan
penjenayah terbabit telah menyerbu masuk ke dalam klinik tersebut
sebelum memaksa seorang doktor dan tiga pembantu klinik berkenaan untuk
menyerahkan wang dan barangan berharga masing-masing.
"Mereka cuba untuk menyamun pesakit yang berada di dalam klinik
tersebut tanpa menyedari salah seorang daripada mereka ialah seorang Tan
Sri.
No comments:
Post a Comment