KUALA LUMPUR: “Lagu Potret ialah gambaran pengalaman saya ketika
kehilangan seorang ustaz yang saya kagumi ketika belajar di sebuah
sekolah agama,” kata Kamar Empayar atau Afham Zulhilmi mengenai karya
yang diangkat sebagai Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu edisi ke-30
(AJL30), di Shah Alam, malam tadi.
Penulis lirik yang juga abang kepada penyanyi, Akim,
itu berkata, beliau mencuba sebaik mungkin bagi menyempurnakan melodi
yang dikirimkan oleh adiknya itu menerusi e-mel.
Afham yang juga seorang pensyarah di sebuah pusat p
engajian tinggi itu turut memberitahu, sebaik saja menerima melodi
terbabit, beliau menggarap liriknya dalam tempoh lima minit saja.
“Saya garap pengalaman itu berdasarkan melodi yang Akim berikan. Ilham
pula keluar secara spontan kerana saya sudah mempunyai subjeknya. “Saya
memang tiada latar belakang muzik yang kuat. Saya lakukan semua ini
bersandarkan minat dan pengetahuan yang ada,” katanya yang julung kali
mencuba bakat dalam penulisan lirik lagu.
No comments:
Post a Comment