SEORANG Tentera Laut Amerika Syarikat yang teruja dibenarkan pulang
lebih awal daripada tugasan untuk menemui keluarga, terkejut apabila
tindakan mahu merakam ekspresi isterinya berakhir dengan wanita tersebut
sedang bercumbu dengan lelaki lain yang juga anggota tentera di rumah
mereka.
Dalam rakaman yang kini viral, kepulangan tentera tersebut kelihatan
disambut dengan teriakan gembira anak perempuannya namun dia terus
berjalan lalu memasuki bilik air dalam bilik tidurnya di mana si isteri
sedang dalam keadaan bogel bersama lelaki asing berpakaian penuh.
Dapat didengar isterinya kelihatan amat terkejut lantas untuk menutup
malu dia menjerit, “Apa kamu buat di sini?” lantas dijawab suaminya,
“Apa yang kamu buat? Mencurangi saya?”
Si suami kemudiannya menghalau lelaki tersebut hingga ke luar rumah
sambil bertanya nama dan pangkatnya, selain meminta supaya memandang
pada kamera telefon bimbit, membuatkan lelaki tersebut terus melarikan
diri.
Selepas rakaman ini dimuatnaik di Facebook pada 28 Julai lalu, ramai
netizen mengutuk perlakuan isteri tentera tersebut dan pada masa sama,
memuji tahap kesabarannya yang tidak menggunakan kekerasan walaupun
diketahui sedang menahan marah yang amat sangat.
No comments:
Post a Comment