BATU KIKIR: Seorang wanita tempatan yang tidak tahan kerap diperlakukan dengan kasar ketika hubungan seks bertindak nekad memotong kemaluan suaminya, seorang warga Pakistan, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu pada jam 1.30 pagi, wanita berusia 51 tahun itu yang mengahwini suaminya yang berusia 44 tahun, Mei tahun lalu, melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang tidur. Wanita itu dengan perlahan-lahan menanggalkan seluar suaminya, lalu memotong kemaluan menggunakan sebilah mata pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan.
Suaminya yang
bekerja sebagai peniaga melarikan diri dari rumah dan pergi ke Balai
Polis Batu Kikir, kira-kira jam 1.55 pagi. Anggota polis yang terkejut
dengan kedatangan mangsa dalam keadaan berlumuran darah segera
menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan. Bahagian
kemaluan yang dipotong di tempat kejadian juga diambil dan dibawa ke
hospital.
Beliau berkata,
polis juga menahan isteri mangsa dan menemui pisau cukur yang digunakan
dalam kejadian itu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun
Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan
senjata bahaya.Berita Harian
No comments:
Post a Comment